
Tak semestinya model atau selebriti sahaja yang perlu bermakeup. Sebenarnya kita yang biasa ini juga perlu merias wajah kita agar tampak cantik dan berseri. Bagaimanapun, sebelum itu apa kata kita semak dulu 5 make-up kit penting yang perlu ketika merias muka.
Span Mekap
==> Sebaiknya pilih lah span yang berbentuk segi tiga. Kamu boleh gunakan sisi span yang nipis untuk mebuat sapuan alas bedak disekitar hidung dan rahang. Untuk sisi lain, boleh digunakan pada bahagian dagu, pipi dan kening. Jika sukakan span senetik, pilih lah span yang lebih kecil.
Berus Pembayang Mata
==> Berus ini digunakan untuk sapuan pembayang mata pada kelopak. Ianya juga boleh digunakan untuk membentuk kesan yang lebih jelas pada tulang kening agar mata kelihatan lebih natural.
Berus Bedak
==> Berus ini berfungsi untuk mencegah terjadinya gumpalan bedak pada bahagian wajah. Sebahagian pilih berus yang berukuran besar dan mempunyai bulu yang halus. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuang sisa-sisa pembayang mata yang melekat pada wajah terutamanya pada bahagian bawah mata.
Berus Bulu Mata
==> Ia biasanya digunakan untuk mengelakkan terjadinya gumpalan maskara pada bulu mata. Hasilnya bulu mata kelihatan lebih cantik. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membentuk bulu mata agar kelihatan lebih kemas.
Berus Lipstik
==> Gunakan berus lipstik untuk membuat garis pada bibir kamu. Selepas itu, sapukan lipstik sekata agar warna bibir nampak penuh dan rata.


