About Me

My photo
i'm juz a simple person... for me, to be simple & moderete is the best...

Monday, October 18, 2010

~minggu ketujuh~ latihan untuk aging makeup .24 ogos 2010.

assalamualaikum,
pada minggu ini, kami masih lagi diberi tugasan yang sama seperti minggu lepas iaitu makeup penuan. mingguini kami masih membuat latihan untuk menambah baikan bagi teknik makeup ini. pensyarah juga ada berpesan kepada kami untuk membawa sedikit rujukan dari majalah supaya kami dapat merujuk untuk mendapatkan teknik yang lebih baik. kami juga diarahkan untuk mengenal pasti kedutan yang ada di wajah kami. biasanya kedutan ada di bahagian dahi, bawah mata dagu dan bawah pipi.

~minggu keenam~ aging makeup .17 ogos 2010.

assalamualaikum,
kelas minggu ini telah diperkenalkan dengan teknik solekanb yang baru oleh pensyarah kami iaitu "aging makeup".
pada atas dasarnya, kulit manusia akan kelihatan berkedut pada mula usianya mencecah 30 tahun keatas. mungkin disebabkan oleh faktor usia, kesihatan.kulit yang tendur atau mungkin disebabkan oleh graviti bumi. setelah pensyarah memberi sedikit nota tentang teknik ini,kami memulakan teknik ini dengan mengaplikasikan teknik ini ke wajah kami.

~minggu kelima~ 10 ogos 2010 .corrective makeup.

assalamualaikum, minggu ini kami diberi tugasan untuk membuat semula atau mengaplikasikan teknik yang pensyarah kami ajar pada minggu lepas. sebelum itu, pensyarah telah menyuruh kami untuk mengambil gambar muka kami pada ukuran kertas A4 dan menyalin semula muka kami pada sehelai kertas kosong lain seperti gambar rajah di bawah.

kami kemudian disuruh untuk memikir bahagian mana yang ingin disolek di bahagian tertentu.
selesai sahaja melakar, kami mulakan solekan mengikut gambar yang kami lakarkan tadi. seperti shading di hidung, dan mnggunakan air linear untuk membesarkan mata.

Wednesday, September 15, 2010

5 make-up tools WAJIB DIMILIKI..!













Tak semestinya model atau selebriti sahaja yang perlu bermakeup. Sebenarnya kita yang biasa ini juga perlu merias wajah kita agar tampak cantik dan berseri. Bagaimanapun, sebelum itu apa kata kita semak dulu
5 make-up kit penting yang perlu ketika merias muka.


Span Mekap
==> Sebaiknya pilih lah span yang berbentuk segi tiga. Kamu boleh gunakan sisi span yang nipis untuk mebuat sapuan alas bedak disekitar hidung dan rahang. Untuk sisi lain, boleh digunakan pada bahagian dagu, pipi dan kening. Jika sukakan span senetik, pilih lah span yang lebih kecil.

Berus Pembayang Mata
==> Berus ini digunakan untuk sapuan pembayang mata pada kelopak. Ianya juga boleh digunakan untuk membentuk kesan yang lebih jelas pada tulang kening agar mata kelihatan lebih natural.

Berus Bedak
==> Berus ini berfungsi untuk mencegah terjadinya gumpalan bedak pada bahagian wajah. Sebahagian pilih berus yang berukuran besar dan mempunyai bulu yang halus. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membuang sisa-sisa pembayang mata yang melekat pada wajah terutamanya pada bahagian bawah mata.

Berus Bulu Mata
==> Ia biasanya digunakan untuk mengelakkan terjadinya gumpalan maskara pada bulu mata. Hasilnya bulu mata kelihatan lebih cantik. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membentuk bulu mata agar kelihatan lebih kemas.

Berus Lipstik
==> Gunakan berus lipstik untuk membuat garis pada bibir kamu. Selepas itu, sapukan lipstik sekata agar warna bibir nampak penuh dan rata.

Monday, September 13, 2010

~minggu 4~ corrective makeup

assalamualaikum,
hari ini, Encik Afifie memperkenalkan kepada kami kepada konsep baru dalam solekan iaitu CORRECTIVE MAKEUP.
makeup jenis ini berfungsi untuk menutup kecacatan seperti menyatakan tona kulit atau lebih dikenali sebagai "shading".

Terdapat 6 jenis bentuk muka manusia:
  • bulat
  • segi empat
  • diamond
  • panjang
  • triangular
  • bujur

Saturday, September 11, 2010

~minggu ketiga~ STREET MAKEUP ..27 julai 2010

assalamualaikum,
hari ini kami sudah mula belajar menggunakan alatan makeup. seronok rasanya sebab dapat mempelajari benda baru dan agak asing bagi saya dan mungkin kawan saya yang lain. sewaktu didalam kelas. Encik Afifie telah memberi sedikit maklumat tentang solekan .Berikut adalah sedikit maklumat yang diberikan:

solekan ada dua bahagian:

1) Street MakeUp.
- street makeupini adalah makeup asas.
- makeup ini digunakan dalam kehidupan seharian kita.
- senang dibersih.
- semua orang boleh menggunakannya.

2) Stage Make Up.
-kebanyakkan artis yang menggunakan makeup ini.
- digunakan untuk menghadiri majlis-majlis khas.
-selain artis, pengantin juga menggunakan makeup jenis ini.

straight makeup
-
Dilakukan untuk membuat perubahan pada wajah. sebagai contoh:
jika kita ingin membuat wajah tua, kita boleh menggunakan straight makeup ini untuk membuat wajah kita benar-benar seperti tua.
Fantastical makeup
- makeup seperti ini sesuai digunakan oleh badut. kerana makeup ini menggunakan solekan yang agak melampau.

selepas memberi sedikit maklumat mengenai solekan, En. Afifi membuat sedikit demontrasi.

pensyarah kami sedang meratakan foundation ke seluruh wajah.

selepas pensyarah membuat sedikit demontrasi, kami diberi peluang untuk menyolek diri sendiri. walaupun agak susah kerana ini adalah kali pertama menyolek muka. namun dengan tunjuk ajar daripada pensyarah.

Antara gambar yang diambil: (ATAS)sebelum menggunakan makeup (BAWAH) selepas menggunakan makeup.


Monday, September 6, 2010

~Minggu Kedua~ 20 julai 2010

assalamualaikum,
hari ini kelas dimulakan dengan penerangan Encik Afifie mengenai make up. apa itu make up? make up adalah solekan untuk memberi seri kapada si pemakai. pemakaian make up juga boleh mengubah rupa si pemakai. contohnya, wajah pemakai boleh berubah menjadi tua dan rupa si pemakai juga boleh menjadi lebih cantik jika dikenakan dengan betul.

Dalam kelas kali ini juga En.Afifie ada menerangkan salahsilah atau sejarah make up serba sedikit.Pada zaman Elizabathen wanita sudah mula dibenarkan berlakon diatas pentas dan pada ketika itulah make up mula digunakan.Kerana ketika zaman greek mereka hanya menggunakan topeng sahaja.